Sunday, August 3, 2008

Semua Pelajar dijemput hadir ke Lokasi Penggambaran Drama Rabu ini!


Haaah, ini lah keistimewaan menyertai kelas lakonan kami. Semua pelajar dijemput hadir ke lokasi penggambaran drama "Ampang Medikal" pada Rabu ini dari jam 12 tengahari ke 6pm. Mereka yang ingin pergi, sila sms Nama ke 012-2350091. Selepas itu, cikgu akan balas alamat penggambaran tersebut.

Kebaikan menghadiri lokasi penggambaran drama sebenar adalah semua pelajar dapat menyaksikan scenario sebenar kerja-kerja penggambaran dijalankan, sambil melihat bagaimana pelakon profesional beroperasi. Pelajar-pelajar juga berpeluang untuk bersalam dan berkenal mesra dengan pengarah dan produser drama. Mana lah tahu, rezeki anda, dan terus dipilih untuk berlakon dalam watak kecil drama ini, pun bagus juga bukan?
Tapi ingat, anda dijemput sebagai pemerhati sahaja, bukan berlakon. Jadi kena diam masa kamera "rolling" dan bersikap positif. Jemputan ini khas untuk pelajar sahaja. Mereka yang ingin jadi pelajar, sila sms kepada 012 2350091.

No comments: